Tanda nama / pas keselamatan hendaklah sentiasa dipakai semasa di perpustakaan.
Barang-barang persendirian tidak dibenarkan bawa masuk kecuali peralatan tulis. Semasa di perpustakaan, seseorang tidak dibenarkan tidur, membuat gangguan, makan/minum dan membuat/menerima panggilan dengan telefon bimbit.
Warga/kakitangan KDN dan pengguna Perpustakaan perlu menjamin keselamatan bahan perpustakaan dan jangan merosakkan bahan-bahan perpustakaan seperti membuat catatan dan sebagainya.
Bahan perpustakaan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di atas troli.
Buku-buku baru dan majalah terkini yang dipamerkan tidak boleh dipinjam untuk sementara waktu tetapi pengguna boleh menempahnya di kaunter pinjaman atau secara on-line.
Segala kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah yang disediakan.
Buku-buku yang telah dipinjam dan dibawa masuk ke perpustakaan hendaklah ditunjukkan kepada kakitangan bertugas.
Proses mencetak, fotokopi dan penggunaan komputer perlulah mendapat kelulusan kakitangan bertugas di kaunter perpustakaan KDN terlebih dahulu.