PERATURAN PERPUSTAKAAN
- PERATURAN PERPUSTAKAAN KDN
1) Pengguna boleh mengunjungi Perpustakaan KDN mengikuti jadual masa yang ditetapkan.
2) Pengguna mestilah berpakaian kemas dan sopan.
3) Semasa berada di Perpustakaan pengguna dilarang melakukan perkara-perkara berikut :
a) Menconteng, mengoyak, merosakkan atau mencuri buku/bahan perpustakaan.
b) Merokok, makan atau minum.
c) Membuat bising.
d) Membawa keluar buku/bahan tanpa kebenaran.
e) Mengalih dan memindahkan buku/bahan dan perabot ke tempat lain.
f) Membuang sampah merata-rata.
g) Menyalahgunakan kemudahan internet,WiFi dan komputer.
h) Melakukan perkara yang tidak sopan.
i) Buku/bahan yang hendak dipinjam mestilah direkodkan.
j) Berniaga dalam perpustakaan
4) Perpustakaan KDN tidak bertangungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi semasa pengguna berada di dalam Perpustakaan.
5) Salinan/fotokopi buku/bahan di perpustakaan adalah tertakluk kepada peraturan yang berkaitan
AKTA HAKCIPTA 1987.
6) Perpustakaan KDN mempunyai hak untuk menentukan peraturan tambahan dari masa ke semasa.