Peranan dan Fungsi
Perpustakaan KDN ditubuhkan untuk berperanan dan berfungsi:
- Menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat kepada warga KDN disamping mendokong dan memberi sumbangan maklumat yang berkesan dalam penggubalan dasar, perancangan, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang keselamatan Dalam Negeri.
- Perpustakaan KDN merupakan sumber rujukan dan repositori berkaitan bidang keselamatan, ketenteraman awam dan jenayah
- Menyediakan perkhidmatan tambah nilai dan maklumat terkini kepada warga Kementerian Dalam Negeri, Jabatan dan Agensi di bawahnya.
- Menyediakan kemudahan akses kepada ilmu dan maklumat untuk merealisasikan kewujudan masyarakat dan pekerja berilmu (knowledge worker) yang bermaklumat serta berteknologi tinggi.
- Menyediakan maklumat yang terkini dengan cepat, tepat dan sahih selaras dengan pengwujudannya sebagai Pusat Maklumat KDN yang utama di negara ini.