Latar Belakang
Sejarah Asal Penubuhan Perpustakaan KDN
Perpustakaan KDN mengambil alih Perpustakaan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) yang diwujudkan pada tahun 2005, selepas penggabungan dua kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tahun 2008. Perpustakaan KKDN yang kemudian dikenali Perpustakaan Kementerian Dalam Negeri mula dirancang pada Disember 2005 dan beroperasi secara berperingkat-peringkat pada Ogos 2006 dengan pengenalannya sebagai satu unit baru dalam Kementerian dan berfungsi sebagai penjana maklumat kepada warga KKDN ke arah mendokong kehendak objektif dan fungsi kementerian dan negara.
Perpustakaan ini bertanggungjawab memainkan peranan penting sebagai sebuah pusat pengurusan ilmu dan maklumat global berkaitan Keselamatan Dalam Negeri disamping bertindak sebagai elemen penting kepada perkhidmatan tambah nilai dan maklumat terkini kepada warga dan Agensi di bawahnya.
KRONOLOGI PENUBUHAN PERPUSTAKAAN KKDN
1 DISEMBER 2005 - Membuat Perancangan Penubuhan Perpustakaan KKDN
Klasifikasi Perancangan
Fasa Pertama - 146 Hari
- Membentuk objektif, visi, misi, piagam pelanggan dan peraturan Perpustakaan
- Membuat Justifikasi & Permohonan peruntukan
- Pembelian Perabot
- Perolehan Peralatan Komputer
- Perolehan Sistem Perpustakaan
- Perolehan Bahan Perpustakaan
Fasa Kedua - 130 Hari
- Membina Laman Web/Portal Perpustakaan KKDN
- Input Data Keahlian
- Input Kataloq Bahan Perpustakaan
- Promosi dan Perkhidmatan Perpustakaan
Statistik koleksi awal bahan Perpustakaan
Koleksi awal bahan perpustakaan (01/01/2006 - 30/04/2007) berjumlah 3,727 seperti dalam jadual 1: statistik bahan 2006 - 2007 dan jumlah keahlian berdaftar berjumlah 1,268 orang sahaja.
Bahan | Jumlah |
Buku | 1088 |
Majalah | 810 |
Laporan Tahunan | 245 |
Buletin | 289 |
Terimaan Hadiah | 151 |
Direktori | 24 |
Jurnal | 50 |
Review | 65 |
Novel | 103 |
Akta | 289 |
Keratan Akhbar | 158 |
Jadual 1: statistik bahan 2006 - 2007
Misi
Untuk memperolehi, mendokumen, memelihara dan mengawal maklumat yang pelbagai untuk memenuhi dasar, fungsi dan objektif kewujudan KDN.
Visi
Memperolehi, mengurus, mengendali, memelihara dan menyediakan kemudahan mendapatkan maklumat serta menyediakan koleksi yang berkualiti dalam memenuhi objektif KDN.
Membantu dan melatih pengguna berasaskan penilaian keperluan maklumat pengguna.
Menyediakan pimpinan untuk maklumat mengenai keselamatan dalam negeri.
Memaksimumkan kemudahan mendapatkan maklumat melalui usaha kerjasama dan penggunaan teknologi.